2023年12月25日星期一

 і. Kurikulum Rasmi

  • Kurikulum rasmi turut dikenali sebagai kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal.
  • Kurikulum rasmi mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian.
  • Kurikulum tersebut kemudiannya diangkat sebagai kurikulum rasmi negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia bagi sekolah rendah dan sekolah menengah seperti KSSR dan KSSM.


ii. Kurikulum Kebangsaan

  • Suatu rancangan pendidikan di sekolah atau institusi pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.
  • Kurikulum meliputi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan warganegara yang cemerlang.


iii. Kurikulum Sekolah

  • Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah:
    • Bahagian yang meliputi RPT & RPH dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
    • Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.


iv. Kurikulum Sebenar

  • Kurikulum formal dan kurikulum tidak formal yang dioperasikan pada peringkat bilik darjah.


v. Dokumen Standard Kurikulum  Pentaksiran

  • Dokumen rasmi tentang pelaksanaan pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum, pembelajaran dan pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bertujuan membantu memudahkan guru mengatur kandungan, proses pengajaran dan pemblajaran serta melaksanakan pentaksiran.


vi. Standard Kandungan(SK)

  • Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui & boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


vii. Standard Pembelajaran(SP)

  • Satu pemetaan kriteria & indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


viii. Standard Prestasi(SPi)

  • Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid, sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai


Definisi Falsafah Pendidikan Kebangasaan:

  • FPK merupakan satu dasar yang dijalankan di Malaysia.Menerusi FPK, setiap proses atau kegiatan pendidikan dilaksanakan untuk mencapai matlamat utama FPK iaitu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,Rohani,intelektual dan sosial.


Definisi Pengajaran &Pembelajaran:

  • Pengajaran merupakan aktiviti  berkaitan dengan penyebaran ilmu yang meliputi proses perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan dan penilaian.
  • Pembelajaran pula merupakan satu proses penerimaan ilmu yang saling berkait antara pengajaran sama ada secara formal atau tidak formal.


Analisis hubungkait antara FPK dengan Kurikulum Kebangsaan

  • Proses perancangan, pemantauan dan penilaian yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bersama guru-guru untuk merangka perjalanan pendidikan.
  • Penyelarasan sistem pendidikan yang sama di seluruh sekolah di dalam negara bagi melahirkan modal insan yang seimbang mengikut dasar pendidikan. 


Analisis hubungkait antara Kurikulum Kebangsaan dengan Pengajaran dan Pembelajaran

  • Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berteraskan Kurikulum Kebangsaan yang dilaksanakan oleh guru kepada pelajar di sekolah mampu menghasilkan satu sistem pelajaran yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  і. Kurikulum Rasmi Kurikulum rasmi turut dikenali sebagai kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal. Kurikulum rasmi mengandungi ciri-ciri...